PELAKON Nadia Brian antara selebriti yang lantang bersuara berkenaan isu Palestin yang dizalimi rejim Israel.
Apabila timbul isu penipuan dalam mengumpul dana dan tidak sampai kepada Palestin, situasi itu membuatkan Nadia terkilan.
“Hari-hari saya melihat kekejaman Israel ke atas umat Islam di Palestin. Rasa marah, geram, benci semua ada. Kalaulah saya ada kudrat dan keadaan mengizinkan untuk membantu mereka di sana, saya nak pergi.
“Saya lihat rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini. Namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu. Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan gambar atau video artis yang diedit untuk memperdayakan orang ramai dalam meraih sumbangan.
“Saya sedih apabila ada pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap situasi ini. Masih ada yang tergamak menipu sedangkan sumbangan tersebut untuk umat Islam di sana,” katanya.
Bagi Nadia, orang ramai boleh merujuk kepada pihak berkuasa untuk mengetahui saluran yang betul atau sah sebelum memberi sumbangan.
“Rakyat Malaysia memang murah hati, mudah bantu orang tapi janganlah sampai tertipu,” ujarnya. – WILAYAHKU