Berita

Azman santuni mangsa kebakaran di Tawau

- Diterbit 12 Disember 2024 10:11 AM MYT

SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5, Jalan Apas Tawau, Sabah sebelum berangkat pulang kembali ke semenanjung.

Beliau memuji Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein di atas usaha pantas beliau bersama rakan-rakan seperjuangan dalam mengaturkan program itu.

Kata Azman, dalam program itu, beliau telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Diharapkan bantuan dari peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak meringankan bebanan yang dihadapi oleh seluruh 260 orang mangsa yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata beliau turut membuat lawatan kerjanya dengan melawat Pusat Jagaan Kucing Jalanan (Stray Cat) K10 di Tawau, Sabah.

Beliau turut berterima kasih kepada Thin Yein yang mewujudkan pusat itu.

“Lebih 100 kucing ditempatkan di Taman Jagaan Kucing ini.

“Semoga lebih ramai lagi yang tampil ke depan dalam kepedulian kehidupan kucing,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas