
Abadikan kenangan bersama arwah bapa dalam Renjana… Shiha Zikir menangis ketika sesi rakaman
PENYANYI popular Shiha Zikir kini menyerlahkan sisi berbeza apabila muncul dengan lagu terbaharu berjudul Renjana. Istimewanya tentang lagu tersebut, ia ditulis sendiri oleh Shiha berdasarkan kenangan hidup bersama arwah bapa yang sangat disayangi, Allahyarham Mohd Zikir Abdul Hamid. Pada masa sama, Shiha turut bertindak selaku komposer dengan bantuan Zimi Sofazr.