Berita

APAD buka permohonan LPS sempena Aidiladha

- Diterbit 16 Mei 2025 5:00 PM MYT

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) waktu puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2025.

APAD memberitahu permohonan tersebut bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi sempena Hari Raya Aidiadha pada 7 Jun 2025 dan 8 Jun 2025.

“Sehubungan itu, pihak APAD mempelawa semua pengendali bas
yang berminat untuk membuat permohonan LPS.

“Permohonan dibuka bermula dari 15 Mei hingga 04 Jun 2025 serta boleh dikemukakan melalui sistem i-SPKP.

“Tempoh sah laku LPS bagi semua permohonan yang diluluskan ialah
dari 5 Jun 2025 hingga 10 Jun 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada surcaj 10 peratus (%)
dikenakan bagi LPS waktu puncak tersebut.

“Pihak APAD sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik pada setiap masa sejajar dengan Nilai Teras Malaysia
Madani iaitu Kesejahteraan & Ihsan dalam meningkatkan mobiliti dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan pengangkutan
awam darat yang selamat dan selesa,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas