Berita

Anwar tiba di Labuan untuk lawatan rasmi

- Diterbit 31 Mei 2024 3:04 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Labuan pada petang Jumaat bagi lawatan kerja rasmi.

Pesawat khas membawa beliau tiba di Terminal Lapangan Terbang Labuan kira- kira jam 2.10 petang disambut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri sesi taklimat ‘Bandar Pintar Labuan 5.5G yang Pertama di ASEAN’ dibentangkan oleh pihak Huawei di Wisma Perbadanan Labuan.

Selepas itu, beliau turut dijadualkan menghadiri Sesi Santai Mesra Bersama Komuniti Labuan di Perkarangan Jabatan Laut Labuan.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas