Berita

Anwar tiba di India bagi memulakan lawatan rasmi

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Palam, New Delhi bagi memulakan lawatan rasmi di New Delhi, India, 19 Ogos, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permissio
- Diterbit 20 Ogos 2024 2:18 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia selamat tiba di New Delhi India bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari.

Beliau berkata kunjungan itu akan membuka peluang kepadanya dan rakan sejawat membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu.

“Usaha berterusan juga akan terus dipergiat di India bagi menarik para pelabur berpotensi untuk melabur di Malaysia.

“Doakan agar urusan kami dipermudahkan,” katanya di Facebook.

Sebelum itu, ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Keretapi India, V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N Reddy.

Persembahan tarian tradisi negara India turut diadakan sebagai menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Turut mengiringi Anwar ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Perdana Menteri akan bertemu Presiden India, Droupadi Murmud, diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada hari ini.

India merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas