PENDAKWAAN beberapa kes berprofil tinggi yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sebagai cacat berikutan ia dibuat secara terburu-buru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri juga mengulangi penafian pembabitan dalam apa jua kes mahkamah lain khususnya melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Khamis lalu.
“(Kes dituduh disertai) dendam politik daripada pihak yang berkuasa ketika itu.
“Biarkan proses berjalan. Sebagai Perdana Menteri, saya mesti berjaga-jaga dengan apa yang saya katakan. Biarkan mahkamah tentukan. Saya ada pandangan sendiri, tetapi saya tidak boleh campur tangan,” katanya.-WILAYAHKU