PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
“Saya dan Azizah berduka menerima khabar pemergian Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang awal pagi tadi.
“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini,” katanya beliau di Facebook.
Beliau sekeluarga turut menitipkan doa semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. – WILAYAHKU