Berita

Anwar, Emir Qatar sepakat percepat MoU

- Diterbit 27 Mei 2025 12:00 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani berusaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lebih 50 tahun lalu.

“Kami berbincang secara mendalam mengenai ikatan persahabatan yang terus berkembang erat dari semasa ke semasa.

“Perbincangan meliputi pelbagai bidang strategik termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan,” ujar beliau di laman Facebook.

Tambahnya, mereka juga bersetuju meneroka peluang-peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

“Kami juga sepakat mempercepat beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara.

“Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan erat ini. Semoga persahabatan Malaysia dan Qatar terus utuh dan berpanjangan, Insya-Allah,” ujar beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas