Berita

Anwar doakan kesihatan berterusan buat Abdul Hadi

- Diterbit 18 Jun 2025 11:30 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan harapan agar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesihatan yang berterusan.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Adi, Insya-Allah,” katanya dalam ciapan di X.

Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Difahamkan beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dalam masa terdekat atas nasihat doktor. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas