Berita

Annuar tinjau penghantaran bantuan ke Labuan

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa melihat barangan makanan dan keperluan yang akan dihantar ke Wilayah Persekutuan Labuan di Depo Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang tadi. Foto - Nazirul Roselan
- Diterbit 17 Jun 2021 12:08 PM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa meninjau barangan makanan dan keperluan yang akan dihantar ke Wilayah Persekutuan Labuan di Depo Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang tadi.

Menurut Annuar, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menghantar bantuan barangan makanan dan keperluan ke Labuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu.

“Seperti mana yang diketahui, Labuan memerlukan stok bekalan makanan terutama sekali di lapan lokaliti yang telah diarahkan untuk PKPD.

“Bantuan ini akan melibatkan hampir 14,000 keluarga di Labuan dan kita perlu menghantar sekurang-kurangnya sekali seminggu barangan keperluan tersebut,” katanya sewaktu melihat barangan makanan dan keperluan di Depo TUDM.

 

Barangan makanan dan keperluan yang akan dihantar ke Labuan bermula hari ini

Tambahan lagi, bantuan sebanyak 120 tan bekalan makanan seperti minyak, gula dan beras serta keperluan perlindungan (PPE) akan dibantu dan dihantar secara berperingkat ke Labuan dengan kerjasama anggota TUDM bermula hari ini.

Tinjauan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Dr Santhara , Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun serta Pegawai TUDM. – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas