Berita

Annuar Musa sanggup turun jumpa gelandangan walaupun malam-malam sejuk

||ANNUAR Musa selami hati gelandangan yang hidup dalam kemiskinan
- Diterbit 3 Januari 2021 10:00 PM MYT

PRIHATIN dan berjiwa rakyat. Itulah kata-kata sesuai buat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa apabila sanggup meninjau sendiri keadaan gelandangan di Lorong Haji Taib dan Chow Kit di Kuala Lumpur, malam tadi. 

Menurut Annuar, hasil tinjauan turun padang itu cukup membuktikan soal kemiskinan di bandar adalah isu yang serius dan perlu diberi perhatian lebih.

“Malam ini (malam tadi) saya marayau sekitar Chow Kit, Jalan TAR dan Lorong Haji Taib untuk meninjau dan berbual dengan gelandangan dan juga penjaja. 

“Mujur mereka tak kenal saya. Macam-macam kisah mereka yang mereka kongsikan. Saya tak pasti sama ada mereka berkata benar atau tidak pada saya. 

“Apa-apa pun, SOAL KEMISKINAN DI BANDAR PERLU PERHATIAN YANG LEBIH LAGI,” tulisnya menerusi Instagram dan Facebook miliknya. 

ANNUAR Musa selami hati gelandangan yang hidup dalam kemiskinan

Melihat komen warganet, rata-rata memuji tindakan serta usaha Annuar Musa yang sangat cakna kepada kesusahan hidup rakyat.

“Tan Sri layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengalaman Tan Sri dalam politik juga luas. Mungkin pendapat saya bukanlah pendapat yang popular dalam kalangan UMNO, tapi Allah SWT pemberi kuasa kepada hambaNya. Jadi kita tak tahu, bukan? – @muhammadarizal87

“Terbaik Tan Sri. Semoga Allah permudahkan segala urusan” – @mshahrul87

“Terbaeeeekk Tan Sri” – @sopillilioutlet

“Tan Sri seorang yang rapat dengan rakyat, bukan dengan rakyat ketereh sahaja” – @ameer_izzt

“Segala yang baik dibalas dengan baik. Insya Allah. Terima kasih TS kerana prihatin tentang rakyat” – @chhiida

Semoga usaha Annuar terus menjadi inspirasi kepada masyarakat – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas