Berita

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 7 April 2024 10:40 PM MYT

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kenderaan ketika ini dilaporkan bergerak perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya akibat kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki dan beberapa kenderaan.

“Setakat ini hanya lorong kecemasan yang boleh digunakan dan kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan. Pada masa yang sama, terdapat pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak, tetapi keadaan trafik masih lancar,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama di negara ini termasuk di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas