Selebriti

“Alhamdulillah, home sweet home” – Siti Nurhaliza beli rumah di Dubai

|
- Diterbit 28 Disember 2022 3:21 AM MYT

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi inspirasi anak tirinya Asyraf Khalid apabila pelantun lagu Cindai itu difahamkan membeli rumah di Dubai.

Asyraf turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story.

“Congratulations Mak It (panggilan untuk Siti Nurhaliza) on your first property in Dubai. So happy and proud to see your achievements. It’s such an inspiration to me and Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap (Asyraf) pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. AP doakan Allah akan murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti.

“You really deserve this for all endless hardwork perfecting your craft,” tulisnya.

Dalam pada itu dalam Instagram story, Siti juga turut berkongsi dan membuat ‘house tour’ untuk mempamerkan keindahan pemandangan kediamannya yang berdekatan dengan sebuah pantai.

“Alhamdulillah, home sweet home,” tulisnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas