Biz

Aktif bertiktok, Eizlan Yusof tubuhkan Vibes International Agency

EIZLAN (dua dari Kanan) bersama rakan-rakan artis yang turut memberi sokongan.
- Diterbit 10 Jun 2023 4:11 PM MYT

DILIHAT sering aktif dalam aplikasi sosial media popular TikTok, pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof mengambil keputusan untuk menubuhkan agensi TikTok sendiri.

Vibes International Agency (VIA), sebuah agensi TikTok yang ditubuhkan Eizlan Yusof pada April lalu, bernaung di bawah syarikat Kami Sempoi International Agency yang diasaskan oleh To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee.

“Walaupun baru ditubuhkan, saya berbangga kerana Vibes International Agency telah pun melebarkan sayap sehingga ke Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia sejak April hasil kerjasama dengan pelbagai agensi TikTok lain, selain bercadang untuk menembusi pasaran Thailand dan Filipina.

“VIA turut menyimpan impian untuk menembusi ke negara-negara selain Asia Tenggara sekali gus meletakkan VIA sebuah agensi Tik Tok bertaraf antarabangsa yang membanggakan Malaysia,” katanya.

MAJLIS perasmian VIA di Bora Ombak, Putrajaya pada Mei lalu
EIZLAN (Dua dari Kanan) bersama rakan-rakan artis yang turut hadir memberi sokongan

Selain Eizlan, turut bersama VIA ialah Kolonel Kehormat (PA) Datuk Fyzal Fauzy, Datin Edriaty Idrus, Azri Abbas (Bossklan Agency) dan Muhammad Syukri Suhaimi (Pengurus Besar Kami Sempoi International Agency).

Bagi memberi aura kepada penubuhan VIA, lagu rasmi berjudul Vibes turut dilancarkan pada Mei lalu dan sudah pun berada di aplikasi Tiktok untuk tujuan promosi.

Lagu Vibes ciptaan Dani Kurama kini boleh diperdengarkan di platform Tik Tok Vibes International Agency.

Turut hadir pada majlis perasmian VIA di Bora Ombak Putrajaya pada Mei lalu ialah PPj. (PA) Ghazali Abdul Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Bahagian Pengurusan Angkatan), selain selebriti tempatan seperti Riezman Khuzaimi, Ajak Shiro, Fizie Roslan, Dazrin Kamarudin dan Reen Rahim yang aktif dalam aplikasi TikTok masing-masing.

Agensi TikTok ini memainkan peranan sebagai satu organisasi yang mengawal selia dan mempromosikan TikTok Live di platform TikTok selain bertanggungjawab memberikan latihan serta menggalakkan penggunanya untuk menceburkan diri sebagai pengacara siaran langsung TikTok. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas