
Akaun 3 fleksibel KWSP bermula April 2024
KUMPULAN Wang Simpanan Persaraan (KWSP) dijangka akan melaksanakan Akaun 3 fleksibel bermula pada April tahun hadapan.
Bercakap kepada media, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perincian akan dibuat semasa KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari depan.
“Kita sedang meneliti dari sudut kaedah tertentu mengenai akaun ini yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum. Akaun 3 akan ada peratusan tertentu dan akan dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja. Bentuk kecemasan itu akan diperincikan kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar ASEAN Social Security Association (ASSA) ke 40 di ibu negara hari ini. – WILAYAHKU