Berita

AI At Work 2.0 tingkat produktiviti pegawai awam

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo ketika Majlis Pelancaran AI at Work 2.0 baru-baru ini.
- Diterbit 12 Mac 2025 9:42 PM MYT

PROGRAM AI At Work 2.0 melengkapkan 445,000 pegawai awam dengan rangkaian kecerdasan buatan (AI) generatif terkini Google Workspace, Gemini bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan produktiviti.

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo ketika Majlis Pelancaran AI at Work 2.0 baru-baru ini.

Kementerian Digital dalam kenyataan berkata, inisiatif tersebut menonjolkan kuasa AI untuk memacu perubahan positif dalam sektor awam.

“Ia dapat memperkasakan pegawai dengan alat yang diperlukan untuk mengubah cara mereka bekerja, untuk menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik dan meningkatkan kehidupan rakyat.

“Komponen kritikal ini memainkan peranan penting dalam memacu
transformasi positif dalam organisasi mereka, sejajar dengan agenda
pendigitalan kerajaan yang lebih luas dan matlamat ekonomi digital dan
AI negara.

“Hasil kejayaan ini mendorong kerajaan untuk memperluaskan
program tersebut dan memastikan penggunaan AI yang lebih meluas di
seluruh agensi kerajaan,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, program perintis AI At Work yang dilaksanakan tahun lalu dengan penyertaan 270 pegawai awam dari Jabatan Digital Negara (JDN), 91 peratus (%) daripada mereka melaporkan penjimatan purata masa sebanyak 3.25 jam seminggu serta
menyaksikan bagaimana alat AI generatif telah meningkatkan kualiti kerja mereka.

Terdahulu, program AI At Work 2.0 usaha sama antara Kementerian Digital (bahagian pengurusan), Google Cloud,
JDN, dan NAIO ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan pegawai
awam dalam menggunakan Gemini untuk menjana kandungan,
meringkaskan maklumat, menganalisis data, serta mempertingkatkan
pengalaman mesyuarat dengan nota yang dijana oleh AI. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas