YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa kesemua Ahli Parlimen jalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya Selasa hadapan.
Menurut beliau, setakat ini seramai 196 daripada 222 Ahli Parlimen yang telah berbuat demikian.
Tambah beliau, kepada Yang Berhormat (YB) yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan, lanjutan akan diberikan sehingga 14 November ini.
“Ia perlu dilakukan segera bagi mengetahui status kesihatan masing-masing berikutan ketika sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen telah dikejarkan ke hospital berikutan mengalami masalah kesihatan.
“Saya amat memohon dan meminta pemeriksaan ini dibuat kerana saya difahamkan, salah seorang daripada kita telah tumbang dan dikejarkan ke hospital,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat, hari ini. – WILAYAHKU.