Berita

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Gawai

MENGUCAPKAN selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan. Kredit foto: FB ISNATA NEGARA
- Diterbit 1 Jun 2022 2:40 AM MYT

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sarawak hari ini.

Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan Hari Gawai akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga perayaan itu membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

“Gayu Guru Gerai Nyamai,” menurut hantaran itu.

Perayaan Hari Gawai menandakan bermulanya musim baharu penanaman padi yang membawa nafas baharu kepada masyarakat Sarawak.  — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas