Berita

Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 20 Mac 2024 12:55 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan Malaysia ke luar negara, pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan di Istana Negara, hari ini.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Kemboja Shaharuddin Onn dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria Aiyub Omar.

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima penyerahan watikah pelantikan ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Filipina Maria Angela Abrera Ponce, Duta Besar Uzbekistan Karomidin Gadoev, Duta Besar Iran Valiollah Mohammadi Nasrabadi dan Duta Besar Bosnia and Herzegovina Dr Edin Jahić.

Selain itu Pesuruhjaya Tinggi Australia Danielle Heinecke, Duta Amerika Syarikat Edgard D. Kagan, Pesuruhjaya Tinggi Tanzania Dr Mahadhi Juma Maalimm, Duta Besar Kyrgyzstan Anvar Anarbaev dan Duta Besar Colombia Alejandro Rosselli Londońo.

Turut sama menyerahkan watikah Duta Besar Denmark Sten Frimodt Nielsen dan Duta Besar Sudan Selatan Monday Semaya Kenneth Kumba.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas