Berita

Agenda reformasi tangani rasuah keutamaan kerajaan

- Diterbit 21 Oktober 2024 11:00 PM MYT

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agenda reformasi tatakelola pentadbiran kerajaan berkaitan integriti dan anti rasuah terus menjadi tekad dan keutamaan kerajaan.

Beliau berkata ini dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.

“Itu saya kongsikan sewaktu sesi perjumpaan bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabat saya hari ini,” katanya.

Menurut Anwar, hasil daripada perjumpaan itu, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang.

Katanya, ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas