Berita

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan RM1 Juta… ‘Rezeki ini bukan hanya milik kita’

- Diterbit 20 Disember 2024 4:03 PM MYT

PELAKON dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dilihat sudah membayar zakat ke atas dirinya, isteri dan syarikat untuk tahun ini.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aeril dan Wawa telah menyerahkan bayaran zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM1 juta.

Menurut Wawa Zainal, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan.

“Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan, ” katanya.

Sementara itu, Aeril Zafrel berkata, zakat itu memberi ketenangan kepadanya dalam mencari rezeki.

“Sebagai usahawan, kami ingin memastikan perjalanan perniagaan kami sentiasa diberkati.

” Dengan menunaikan zakat, ia bukan sahaja menunaikan kewajipan agama tetapi juga memberi kami ketenangan dalam mencari rezeki, ” ujarnya.

Sejak ditubuhkan pada 2016, Wawa Cosmetics sudah berkembang pesat dan menjadi antara jenama kosmetik yang digemari ramai di Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas