TIMBALAN Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dilantik sebagai Komisoner Jeneral Penjara yang baharu berkuat kuasa hari ini (14 Februari 2025).
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan berharap beliau dapat meneruskan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia selari visi dan
misi jabatan.
“Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan beliau akan dapat memenuhi pendekatan Malaysia MADANI serta bertepatan dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam,” ujarnya.
Berusia 58 tahun, Abdul Aziz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah sarjana dari Universiti Malaya (UM).
“Kerjaya beliau bermula pada tahun 1990 sebagai Pegawai Penjara
dengan jawatan Timbalan Penguasa Penjara.
“Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan
penting seperti Pengarah Penjara Bentong, Pengarah Bahagian Dasar
Kepenjaraan dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara
(Pemasyarakatan),” menurut kenyataan itu. – WILAYAHKU