GAYA hidup sedentari, tekanan kerja serta pemakanan tidak seimbang menjadi antara punca utama sistem penghadaman terganggu. Tanpa disedari, gangguan ini boleh menjadi permulaan kepada masalah metabolik yang lebih serius seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout dan obesiti.
Menyedari keperluan untuk menangani isu ini secara berkesan dan semula jadi, sekumpulan pakar dari Pusat Rawatan Al Farhain tampil dengan satu solusi inovatif iaitu EnerVast, produk berasaskan herba yang dirumus khas untuk menyokong kesihatan usus dan sistem metabolik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan, produk tersebut dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh serta dirumus khas untuk menangani pelbagai masalah kesihatan yang berpunca daripada gangguan metabolik.

“Ia dihasilkan setelah kami menjalankan kompilasi kes dan analisis ke atas pesakit yang hadir untuk rawatan. Majoriti pesakit mengalami masalah berpunca daripada penyakit metabolik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.
“Bermula daripada situ kita adakan R&D dengan memformulasikan dua komponen utama EnerVast iaitu ekstrak daun senna dan ekstrak halia bara, dua bahan semula jadi yang telah lama dikenali dalam dunia perubatan tradisional.
“Semua orang tahu daun senna dan halia bara ada manfaat tersendiri dan selamat. Jika ia digunakan secara berlebihan pun tidak akan ada kesan sampingan. Namun, keistimewaan EnerVast terletak pada gabungan dos yang tepat dan pemprosesan berpandukan kepakaran perubatan moden, menjadikannya lebih selamat, berkesan dan berkualiti,” jelas beliau kepada Wilayahku.
Berkongsi lanjut, beliau berkata pihaknya mengambil masa yang lama untuk menetapkan dos yang selamat dan efektif tanpa menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, kekejangan atau pembuangan yang terlalu kerap.
“EnerVast menunjukkan keberkesanan yang ketara apabila digunakan secara konsisten. Kesan positif seperti pembuangan lancar, pembersihan usus dan pengurangan toksin dalam badan dapat dilihat dalam tempoh yang singkat.
“Penjagaan usus adalah kunci kepada sistem metabolik yang sihat. Jika perjalanan usus lancar, sistem tubuh akan berfungsi dengan lebih baik, termasuklah jantung dan proses penurunan berat badan,” tambah beliau.
Katanya EnerVast sesuai digunakan oleh golongan berumur 13 tahun ke atas, termasuk individu yang mempunyai masalah penghadaman dan pembuangan. Malah, ia juga selamat untuk ibu menyusu.
“Pengguna boleh mengambil produk ini sebelum tidur, satu biji setiap malam sama ada dikunyah, dihisap atau ditelan mengikut keselesaan.
“Alhamdulillah sejak dipasarkan, ia semakin mendapat tempat di hati pengguna yang mementingkan kesihatan usus.
“Dengan misi untuk menjadikan EnerVast sebagai produk kesihatan untuk semua, pihak syarikat menetapkan harga jualan yang mampu milik iaitu RM35 untuk penggunaan 15 hari.
“Selain itu, pihak pengurusan turut melantik penyampai radio popular Fizie Roslan sebagai duta rasmi bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan terhadap jenama ini,” katanya,
Melihat sambutan yang menggalakkan, pihak syarikat kini sedang merancang untuk melancarkan variasi baharu seperti EnerVast Advance atau EnerVast Plus dengan formulasi lebih berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran yang lebih luas.
“Kami percaya dalam tempoh tiga tahun akan datang, EnerVast akan menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat rakyat Malaysia.
“Ia bukan sekadar produk kesihatan tetapi adalah hasil inovasi, keprihatinan dan kepakaran dalam memastikan rakyat Malaysia menuju kehidupan yang lebih sihat secara semula jadi,” katanya. – WILAYAHKU