PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa buah epal dan oren yang diimport akan dikecualikan daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebagai langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya semalam.
“Masih ada yang mengeluh, kononnya orang kampung dan golongan berpendapatan rendah juga mahu makan epal. Mereka kata an apple a day keeps the doctor away tapi sebenarnya pisang yang lebih baik kerana kaya dengan potasium.
“Walaupun secara umumnya buah-buahan import tertakluk kepada cukai, pengecualian khusus diberikan terhadap epal dan oren bagi meringankan beban rakyat,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI yang berlangsung di Presint 19, Putrajaya. – WILAYAHKU