Berita

Bot TLDM hilang kawalan ketika raptai LIMA ’25

- Diterbit 15 Mei 2025 8:30 PM MYT

SEBUAH bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang kawalan ketika melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Menurut TLDM, walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dialami oleh kru bot tersebut akibat insiden ini.

“Namun, kru dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

TLDM menambah, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas