Berita

Belia nadi masa depan negara – Anwar

- Diterbit 15 Mei 2025 5:07 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan golongan belia adalah nadi masa depan negara yang berteraskan semangat, keberanian dan idealisme.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menegaskan belia perlu tampil sebagai agen perubahan.

“Fokuskan tenaga dan kepakaran untuk menangani isu-isu rakyat, menolak salah guna kuasa, serta memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

“Malaysia memerlukan belia yang celik, berprinsip dan berwawasan, bukan yang terperangkap dalam polemik remeh yang memecahbelahkan.

“Anda menjadi pemangkin kepada sebuah negara yang lebih adil, makmur dan berdaya saing,” katanya sempena Hari Belia Negara 2025.

Tambahnya, kerajaan komited memperkasa belia dari pendidikan ke peluang pekerjaan, dari inovasi ke kepimpinan.

“Masa depan negara dibina bersama generasi muda yang berani dan berintegriti.

“Teruslah melangkah ke hadapan. Masa depan Malaysia bermula dengan anda,” ujar beliau dalam hantaran. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas