Berita

Yakult Malaysia perkukuh kempen ‘Usus Sihat, Anda Hebat’

ANTARA barisan tetamu kehormat dan orang ramai yang menyertai kempen 'Usus Sihat, Anda Hebat'.
- Diterbit 11 Mei 2025 7:35 AM MYT

SEBAGAI sebahagian daripada usaha berterusan menggalakkan gaya hidup sihat dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan kempen ‘Usus Sihat, Anda Hebat’, satu inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan pencernaan.

Ia juga bertujuan menggalakkan penyertaan keluarga selain memperkukuh komitmen jenama terhadap tanggungjawab sosial.

Kempen berkenaan dilancarkan semalam di Hospital UCSI, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Yakult Malaysia, program ini menjadi pengalaman menarik dan berinformasi untuk semua peringkat umur.

“Ia dirancang termasuk pameran gerai interaktif dan aktiviti-aktiviti mengeratkan hubungan komuniti, selaras dengan falsafah utama Yakult iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagian manusia di seluruh dunia,” jelasnya.

Yakult Malaysia menambah, bukan sekadar aktiviti promosi jenama, program komuniti Yakult ini adalah satu platfrom untuk memberi impak bermakna melalui pendidikan kesihatan yang mudah diakses dan aktiviti mengeratkan hubungan keluarga.

Antara aktiviti yang diadakan katanya, adalah ceramah dan demonstrasi kesihatan oleh pakar berkaitan kesihatan usus dan kiropraktik; pemeriksaan kesihatan secara percuma; pameran gerai interaktif; cabutan bertuah menarik selain sesi senaman Ba Duan Jin.

“Dalam usaha berterusan Yakult untuk mempromosikan gaya hidup sihat, program komuniti ini adalah bukti komitmen teguh jenama terhadap kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult, orang ramai boleh layari laman sesawang www.yakult.com.my. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas