SEIRING dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 8 sen kepada RM3.10 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 8 sen kepada RM2.80 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan, penurunan tersebut adalah bagi tempoh 8 Mei 2025 hingga 14 Mei 2025.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
“Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 8 Mei 2025 hingga 14 Mei 2025 adalah harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 8 sen kepada paras RM3.10 seliter; harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 8 sen kepada paras RM2.80 seliter.
“Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras
RM2.15 seliter,” katanya.
Ujar kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan
dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU