Berita

Harga petrol, diesel kekal hingga 7 Mei

SUBSIDI petrol negara ketiga tertinggi di dunia.
- Diterbit 2 Mei 2025 10:00 AM MYT

HARGA runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.18 seliter sementara RON95, RM2.05 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Mei 2025.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.88 seliter.

“Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada
paras RM2.15 seliter,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan
menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Dalam masa sama, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas