Berita

AKPS rampas 14,000 kg cili dari negara jiran

- Diterbit 20 April 2025 12:40 PM MYT

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Bukit Kayu Hitam merampas satu konsainan cili seberat 14,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,000.

AKPS dalam kenyataan memberitahu kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran didapati tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading,
Packaging & Labeling).

“Pemeriksaan mendapati ia mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan Dan
Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang sah.

“Notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 telah dikeluarkan dan barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” ujarnya.

Terdahulu, rampasan kira-kira pukul 9.40 malam itu dibuat di Kompleks
Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS).

Pemeriksaan dijalankan sebagai prosedur biasa ke atas kontena import yang melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas