Santai

Berhabis demi Wiper Trapo, rezeki Ramadan pegawai korporat menang kereta BYD Dolphin bernilai RM112, 000

- Diterbit 23 Mac 2025 3:38 PM MYT

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan rezeki seorang pegawai korporat, Razlan Rahim.

Hanya dengan membeli wiper Trapo, Razlan Rahim berjaya memenangi sebuah kereta jenama BYD Dolphin serta beberapa produk Trapo yang bernilai kira-kira RM112,000.

Kemenangan berpihak kepada Razlan selepas beliau berjaya meneka berat balang dengan tepat.

REZEKI bulan Ramadan, Razlan Rahim berjaya memenangi sebuah kereta jenama BYD Dolphin.

Razlan berkata, dia membelanjakan sebanyak RM4,027.40 membeli wiper dan pelbagai produk Trapo bagi menaik taraf keretanya dan hadiah yang diterima adalah perkara yang tidak disangka-sangka.

“Saya sangat teruja dan sebenarnya tidak percaya saya adalah pemenangnya. Pertandingan ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk memenangi kereta baru, tetapi juga memberi saya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih Trapo kerana memberi penghargaan kepada pelanggan seperti kami,” ujarnya.

Proses pemilihan pemenang dilakukan secara dua peringkat menerusi platform luar talian dan dalam talian berkumpul, dan 10 finalis dipilih melalui sistem cabutan berformula pihak ketiga.

Finalis kemudian mengambil bahagian dalam permainan Meneka, di mana mereka perlu meneka berat sebuah balang yang dipenuhi kepingan karpet kereta EVA Trapo. Pemenang ditentukan berdasarkan anggaran yang paling tepat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee, hadiah BYD Dolphin adalah sebagai tanda menghargai pelanggan setia Trapo yang sentiasa memberi sokongan berterusan.

“Pertandingan ini adalah cara kami untuk memberikan kembali kepada pelanggan yang bersama kami selama ini. Kami ingin meraikan mereka yang setia dengan Trapo dengan menawarkan hadiah yang luar biasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi sambil mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti pelanggan.” katanya.

Dalam pada itu itu tambah Tzang, Trapo berbangga menjadi pengeluar aksesori kereta buatan tempatan pertama di Malaysia.

Pencapaian ini membuatkan Trapo bercadang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif sama pada masa depan, dengan harapan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas