Berita

Bapa Lia Natalia meninggal dunia… “Dia pergi hari Jumaat, 10 akhir Ramadan”

- Diterbit 21 Mac 2025 6:15 PM MYT

BAPA kepada pelakon Lia Natalia iaitu Allahyarham Abden Aben telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, pada pagi Jumaat.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan bapa.

“Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa bapa telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.50am di Hospital Queen Elizabeth 2. Dia pergi hari Jumaat, 10 akhir bulan Ramadan yang penuh keberkatan,” kongsinya menerusi Instagram.

Dalam hantaran sama, Lia turut memohon maaf sekiranya arwah ada salah dan silap.

“Buat masa ini, jenazah bapa masih berada di Hospital Queen Elizabeth 2. Kami akan membawa jenazah ke lapangan terbang menggunakan perkhidmatan MAS Kargo dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 6.20 petang.

“Kepada ahli keluarga dan sahabat yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh hadir ke Masjid Muhibbah Raya dan solat jenazah di situ. Selesai solat jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih, Tawau.

“Dengan rendah hati, kami sekeluarga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap bapa sepanjang hayatnya.

“Jika ada hutang yang belum dilunaskan atau ada perkara yang belum terselesaikan, mohon hubungi kami. Kami juga memohon agar dihalalkan segala makan minum bapa.

“Mohon doakan agar roh bapa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” coretnya lagi.

Sebelum ini, Lia banyak menghabiskan masa di Sabah untuk menjaga bapanya yang sakit. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas