Berita

PM terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Sergei Shoigu yang dalam lawatan kerja ke Malaysia.
- Diterbit 27 Februari 2025 6:00 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Sergei Shoigu yang dalam lawatan kerja ke Malaysia.

Beliau berkata, pertemuan tersebut membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala.

“Ini termasuk isu pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan,” katanya di Facebook.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Sergei Shoigu yang dalam lawatan kerja ke Malaysia.

Ujar Anwar, beliau turut berkongsi hasil pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada September tahun lepas.

Katanya, ia merupakan satu platform penting untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara dan meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama serta perkongsian strategik.

“Sebelum pulang, saya zahirkan penghargaan di atas lawatan ini yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas