Berita

Tak tahan difitnah anak tiri, Nora Ariffin tuntut cerai

- Diterbit 24 Februari 2025 11:15 AM MYT

PENYANYI lagu Persimpangan Dilema, Datuk Nora Ariffin , 53, sedang memujuk suaminya Rushdi Ramli supaya menceraikannya sebagai memenuhi permintaan anak tirinya.

Nora menerusi instagram story, memaklumkan sudah 10 kali dia meminta Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu supaya menceraikankannya.

Bagaimanapun Rushdi didakwa enggan memenuhi permintaannya itu.

“Dah lebih 10 kali saya meminta sumai lepaskan saya kerana ingin tunaikan kehendak ustazah dan anak-anak tapi ustaz tak nak lepaskan.

“Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai.

“Insya-Allah Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yg di inginkan,” tulisnya.

Menurut Nora lagi, dia sedang memujuk Rushdi agar menceraikannya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut agar masyarat membenci, memburukkan serta menjatuhkan namanya di media sosial.

Menerusi hantaran berkenaan, ibu kepada empat cahaya mata itu turut memohon maaf kepada pihak di sebelah sana kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Rushdi.

“Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali. Saya minta maaf kerana memuatnaik gambar bersama ustaz.

“Saya sudah padamkan semua gambar kami berdua, yang ada hanya gambar beramai-ramai,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Nora juga berkata dia sudah diganggu sejak 2019 tetapi tidak bersuara terhadap semua kata-kata yang dilemparkan terhadapnya.

Terkesan dengan perkara berkenaan, dia tidak teragak-gak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Sejak 2019, saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya dalam media sosial.

“But now, damage has been done. Biar undang-undang menentukan,” katanya lagi.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Nora kemudian mengesahkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.

Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, Rushdi adalah sahabat baik bekas suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas