Berita

“Saya akan jadi suami terbaik untuk awak”… DJ Kidd sudah kahwin Emma Maembong?

- Diterbit 24 Februari 2025 7:42 AM MYT

DAKWAAN pelakon Emma Maembong kini isteri kepada DJ Kidd seolah-olah benar apabila jejaka kacak itu berkongsi video dan foto mesra mereka.

Menerusi Instagram Story DJ Kidd, kemesraan pasangan ini seperti baru sahaja berkahwin.

Aksi romantik di aquaria dan nampak manja ketika makan aiskrim cukup menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi.

Apa yang menguatkan lagi dakwaan mereka kini bergelar suami isteri apabila DJ Kidd memeluk dan meluahkan kata romantis buat Emma.

“Saya akan jadi suami terbaik untuk awak,” tulis DJ Kidd.

Bukan itu sahaja, dalam Instagram Story berlainan, DJ Kidd memuji kecantikan Emma.

” I love you. Tak perlu tunggu syurga untuk jumpa bidadari,” katanya.

Jika benar dakwaan bahawa DJ Kidd dan Emma telah berkahwin, tahniah Wilayahku ucapkan. Semoga bahagia hingga ke Syurga. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas