Berita

“Demi Allah saya tak pernah jejak kaki ke mahkamah syariah,” Uqasha

- Diterbit 14 Februari 2025 11:10 AM MYT

PELAKON Uqasha Senrose memohon bukit jika benar dakwaan dia suaminya Kamal Adli sudah ke mahkamah syariah menguruskan hal perceraian mereka.

Uqasha, 32, berkata tuduhan itu juga tidak berasas malah katanya hubungan dengan Kamal masih baik.

“Kalau saya ke mahkamah mesti ada nama saya di sana. Kalau betul tunjukkan bukti. Mahkamah mana?

“Demi Allah saya tak pernah jejak kaki ke mahkamah syariah. Mahkamah pun saya tak tahu dekat mana.

“Saya pun sibuk dengan anak kerana saya uruskan anak sendirian tanpa pembantu. Jadi bila masa saya ke sana,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukkan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, semalam.

Menjawab pertanyaan dilihat jarang berkongsi gambar bersama Kamal, Uqasaha menjelaskan baginya tiada keperluan untuk berkongsi kemesraan dengan suami di media sosial.

“Dalam rumah tangga tidak semuanya indah. Setiap hubungan ada pasang surut, tapi takkanlah saya nak ceritalan hal dalam kain.

“Lagipun perlu ke saya kerap berkongsi gambar dengan Kamal semata-mata nak buktikan kami masih bersama?

“Saya tidak perlu buat semua itu untuk puaskan hati orang,” katanya.

Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas