Berita

JKR diarah baik pulih laluan rosak di Kuil Sri Subramaniar, Batuk Caves sebelum Thaipusam

Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi
- Diterbit 24 Januari 2025 12:29 PM MYT

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan semua pihak terlibat termasuk Jabatan Kerjaya Raya (JKR) untuk mengambil tindakan segera bagi membaik pulihkan laluan yang rosak di sekitar Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves sebelum sambutan Thaipusam.

Beliau melakukan tinjauan semalam, bagi melihat sendiri keadaan laluan pejalan kaki di sepanjang jalan memasuki kawasan ibadat itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akauan Facebooknya, Alexander berkata tinjuan itu dilakukan susulan keluhan daripada pihak kuil berhubung keadaan laluan pejalan kaki yang rosak dan tidak diselenggara di sekitar kawasan masuk kuil.

“Hasil tinjauan saya mendapati laluan tersebut memerlukan kerja penyelenggaraan dan baik pulih segera bagi memastikan keselamatan pejalan kaki yang menggunakan laluan tersebut.

“Kita tidak harus menunggu untuk sesuatu tragedi berlaku baru bertindak. Tambahan pula, perayaan Thaipusam akan tiba tidak lama kelak.

“Saya dimaklumkan pihak kuil dianggarkan 2 juta penganut dan pelancong dari dalam dan luar negara akan berhimpun bagi meraikan sambutan Thaipusam setiap tahun,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas