Berita

Miliki 300 liter diesel tanpa permit, pacuan empat roda dirampas KPDN Labuan

- Diterbit 7 Januari 2025 2:50 PM MYT

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan susulan mengubah suai dan memiliki diesel tanpa permit.

Menurut KPDN Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan keatas kenderaan tersebut mendapati telah diubah usai bagi tujuan menyeludup minyak diesel.

Katanya, hasil pemeriksaan berjaya mengesan tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan mengandungi lebih kurang 300 liter minyak diesel.

“Kesemua barang kes terlibat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM30,645 disita untuk siasatan lanjut,”jelas kenyataan itu pada Selasa.

Tambahnya, seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana gagal mengemukan sebarang surat kebenaran atau permit barang kawalan berhubung pemilikan barang kawalan tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan dengan bertujuan melakukan kesalahan. – WILAYAHKU

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas