Berita

Acara lelongan barangan Che Ta ditunda

- Diterbit 24 Disember 2024 11:18 AM MYT

ACARA lelongan barangan peribadi milik pelakon Rozita Che Wan, yang sepatutnya berlangsung di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini ditunda ke satu tarikh baru.

Permohonan penundaan itu dibuat pelakon itu selaku defendan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Penundaan itu dimaklumkan wakil peguam Mara yang enggan dikenali.

“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.

Acara lelongan barangan itu membabitkan 34 barangan yang berjumlan RM 902,012.46.

Antara barangan Che Ta yang bakal dilelong adalah sebuah kereta SUV jenama Haval, peti sejuk, pendingin hawa, sofa, kerusi urut, televisyen, meja makan dan banyak lagi.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas