Berita

TMJ adakan pertemuan dengan Presiden FIFA

KREDIT foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor.
- Diterbit 18 Disember 2024 12:31 PM MYT

PEMANGKU Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, semalam.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota  Johor (TMJ), pertemuan itu dilaksana bagi memberikan taklimat berhubung projek berkaitan skuad kebangsaan.

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas