SUSULAN tular kisah peniaga air teh Indonesia yang dipersendakan seorang pendakwah di hadapan khalayak ramai sewaktu sedang berniaga dalam satu majlis agama di sana, pempengaruh popular, Aisar Khaled menyatakan hasratnya untuk bertemu.
Menerusi perkongsian di TikTok, menganggap peniaga tersebut seorang yang hebat apabila berhadapan dengan situasi dengan tenang walaupun di hadapan ramai orang.
“Assalamualaikum warga Indonesia, buat sesiapa yang mengenali pak cik ini, saya mahu berjumpa dengan dia kerana pak cik ini seorang yang sangat hebat.
“Sekarang ini, saya masih lagi berada di Jakarta. Jika pakcik ini berada di Papua, Bandung atau mana-mana sahaja negeri di Indonesia, bantu saya untuk menghubungi pakcik ini,” katanya.
Aisar berharap hasratnya untuk memberikan sumbangan kepada peniaga itu dapat dibantu oleh warganet.
“Kalau ada yang kenal, boleh tolong komen atau bantu kongsikan video ini.
“Saya akan datang berikan sedikit bantuan dan kegembiraan buat pakcik ini. Tolong bantu ya teman-teman,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong usaha mmurni pempengaruh itu dan berharap perancangan untuk bertemu peniaga teh tersebut dipermudah. – WILAYAHKU