Berita

LKPIM anjur seminar wanita memperkasa keluarga Madani

- Diterbit 27 November 2024 3:08 PM MYT

LEMBAGA Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (LKPIM WPKL) menganjurkan seminar wanita memperkasa keluarga Madani hari ini.

Menurut Pengerusi LKPIM WPKL, Puan Sri Wira Hanifat Harun berkata program itu disertai seramai 150 peserta.

“Program ini kali kedua dianjurkan selepas di Putrajaya sebelum ini.

“Program ini hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut.

Dalam pada itu, Hanifat berkata tujuan utama program tersebut adalah bagi memberi kesedaran pendidikan dalam semua bidang termasuk teknologi.

Beliau berkata program ini juga bagi menyatakan betapa pentingnya peranan wanita yang menjadi tunggak utama dalam negara ini.

Turut hadir dan merasmikan program tersebut adalah Timbalan Pengerusi Kasih Malaysia merangkap isteri kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datin Seri Azlin Hezri.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik dan IT Yayasan Wilayah Persekutuan, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir amat berbesar hati dapat menyertai program seminar tersebut.

Beliau berkata LKPIM WPKL sangat aktif dalam menjalankan gerak kerja dari segi pembangunan wanita.

“YWP akan menyokong LKPIM WPKL dalam penganjuran program seperti ini bersama kerjasama MAIWP,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas