Berita

Datuk Bandar Kuala Lumpur lawat tapak projek peningkatan dan pelebaran Jalan Yew dan Jalan Sungai Besi

Foto: DBKL
- Diterbit 10 November 2024 8:15 PM MYT

DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif meluangkan masa meninjau tapak projek Peningkatan dan Pelebaran Jalan Yew dan Jalan Sungai Besi yang dibuka semula pada 15 Oktober lalu.

Lawatan yang diadakan semalam adalah bagi meninjau keadaan trafik di kawasan berkenaan selepas kerja-kerja naik taraf jalan bagi Fasa 1 selesai.

Beliau turut menerima taklimat mengenai status terkini bagi fasa seterusnya projek berkenaan.

“Jalan ini telah ditutup kepada pengguna jalan raya sejak 2 Oktober 2023 bagi membolehkan kerja-kerja pelebaran dilaksanakan.

“Bagi Fasa 1, laluan yang terlibat adalah dari Jalan Tun Razak/Jalan Yew menghala ke Jalan Sungai Besi (outbound) dan dari Sungai Besi menghala ke Jalan Yew/Jalan Tun Razak (inbound),” memetik kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dengan pembukaan Fasa 1 dan fasa seterusnya kelak, kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan dapat dikurangkan dengan lebih efektif. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas