Lensa

Lensa: Karnival KL Ceria

- Diterbit 23 Oktober 2024 11:52 AM MYT

Oleh SYUQQREE DAIN

MUZIK yang berkualiti takkan lekang dek panas‚ tak lapuk dek hujan. Justeru‚ Unit Muzik Jabatan Kebudayaan, Kesenian‚ Pelancongan dan Sukan‚ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menampilkan program Karnival KL Ceria 2024. Jika sebelum ini berkonsepkan hiburan tetapi kali ini ia mengetengahkan konsep karnival buat pertama kali.

Bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa yang sinonim dengan aktiviti riadah‚ acara kali keempat pada tahun ini menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang hadir bersama keluarga. Pemilihan lokasi di taman milik DBKL ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan ekonomi di lokasi terpilih.

Meskipun cuaca hujan namun aktiviti konsert terbuka yang diadakan secara percuma ini tetap mendapat sambutan. Dalam masa yang sama‚ program ini juga dapat membantu barisan artis untuk kembali beraksi sekali gus memberi nafas baharu buat mereka. Antaranya Kumpulan Kristal X‚ Ani Mayuni‚ Oya Suria‚ Reloveution‚ Kombo Orkestra Kuala Lumpur serta ramai lagi.

Karnival KL Ceria 2024 yang berlangsung pada 12 Oktober lalu dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam itu sarat dengan pelbagai aktiviti sampingan antaranya pertandingan mewarna‚ permainan tradisional serta pelbagai aktiviti riadah. Diharapkan program ini terus mendapat sokongan pada masa akan datang. – WILAYAHKU

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas