Berita

Setahun perang Israel-Gaza, Setiausaha Agung PBB seru keadilan dan keamanan

Foto: Bashar Taleb/AFP/Getty Images
- Diterbit 7 Oktober 2024 11:22 AM MYT

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata bahawa perang Israel ke atas Gaza sejak setahun lalu, terus memusnahkan kehidupan rakyat Palestin dan menyebabkan penderitaan kemanusiaan yang dahsyat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu mesej video yang menandakan genap setahun perang genosid yang berterusan ke atas Gaza, Guterres menekankan keperluan masyarakat antarabangsa untuk memberi tumpuan kepada “peristiwa mengerikan” yang berlaku, sambil menyatakan solidariti dengan mangsa dan keluarga mereka.

Beliau turut berkata bahawa rakyat Lubnan turut menderita akibat perang ini, sambil menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan pertempuran dan mengakhiri penderitaan yang melanda rantau terbabit.

Guterres turut menekankan kepentingan untuk terus berusaha mencapai penyelesaian kekal terhadap konflik ini, yang membolehkan Palestin, Israel, dan semua negara lain di rantau ini hidup dalam keadaan aman, bermaruah, dan saling menghormati. – BERNAMA-WAFA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas