Berita

Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia

- Diterbit 18 September 2024 7:00 PM MYT

KOMPOSER dan pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ooi Eow Jin dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 4.48 petang hari ini.

Mendiang Eow Jin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 86 tahun.

Berita duka itu dikongsikan oleh isterinya,  Datin Khaw Lean Kee kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) sebentar tadi.

“YKAT baharu sahaja menerima panggilan pada jam 4.48 petang daripada Datin Elain yang mengatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

“Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanah air yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,” ujar kenyataan itu.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus COVID-19.

“Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanah air yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,” tambahnya.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus COVID-19. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas