Berita

Zaliha fokus petakan semua destinasi boleh dikunjungi di Sekijang

- Diterbit 14 September 2024 3:53 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata akan memfokuskan untuk mempetakan semua destinasi tumpuan yang boleh dikunjungi di Parlimen Sekijang.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen Sekijang salah satu tempat yang akan ada di dalam peta itu nanti adalah Segamat Street.

Zaliha berkata akan sentiasa memfokuskan industri pelancongan di Sekijang.

“Pada tahun lalu, saya telah rasmikan Segamat Street sebagai salah satu produk pelancongan di Parlimen Sekijang yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti bazar, persembahan kebudayaan, kesenian serta pusat makanan dan tradisi tempatan.

“Malam tadi, di tempat yang sama iaitu Segamat Street, saya hadir untuk meraikan Pesta Tanglung yang mana ia juga adalah salah satu usaha mengembangkan seni, budaya dan warisan tempatan,” katanya di Facebook.

Menurut Zaliha, seramai 25 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam pameran tanglung semalam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas