Berita

DBKL sita dua barangan penjaja warga asing

Foto: DBKL
- Diterbit 10 September 2024 10:52 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap dua barangan penjaja warga asing dalam satu operasi di sekitar Jalan Sri Bintang dan Jalan Pintasan Segambut pada 7 September lalu.

DBKL berkata operasi tersebut dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Segambut telah mengambil tindakan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan premis perniagaan yang menghalang tempat awam.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak dua barangan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita serta merta di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Manakala berdasarkan aduan yang diterima, dua lagi premis perniagaan telah dikenakan tindakan pindah halangan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan ditempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL menegaskan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

” Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas