MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa merakam ucapan takziah kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia semalam.
Menerusi catatan di laman Facebook, Zaliha berkata mengenali Allahyarham sebagai seorang yang sangat membantu dalam urusan komunikasi strategik Kerajaan Perpaduan.
“Terkejut mendengar khabar kembalinya ke rahmatullah, Rozaid akibat masalah jantung di kediamannya.
“Buat keluarga Allahyarham, salam takziah diucapkan dam semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.
Rozaid, 59, yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei tahun lepas meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya akibat masalah jantung.
Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun, wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas. – WILAYAHKU